5 barang yang kita tak terfikir untuk anak di asrama

Masuk asrama kali pertama?
Ibu ayah jangan risau, dengan persiapan yang betul, anak akan lebih selesa, berdikari & yakin 💪
Ni 5 barang PENTING yang ramai terlepas pandang:

🎒 1. Beg Galas Tahan Lasak

  • Pilih yang ada tali empuk & kalis air
  • Muat buku + pakaian + botol air
  • Sesuai juga untuk outing & kelas tambahan

🧺 2. Bakul Dobi Ringan & Boleh Lipat

  • Ajarkan anak asingkan pakaian kotor
  • Jimat ruang, boleh simpan bawah katil/loker
  • Ada pemegang = mudah bawa ke dobi

💡 3. Lampu Malam USB (Rechargeable)

  • Tak ganggu roommate bila study malam
  • Auto hidup bila ada pergerakan
  • Cas je guna powerbank, tak perlu bateri!

🍽️ 4. Set Makan & Minum Sendiri

  • Pinggan, cawan, botol air tahan lasak
  • Senang bila anak makan di dorm
  • Boleh simpan makanan lebihan juga.

🧴 5. Set Penjagaan Diri Lengkap

  • Sabun, ubat gigi, tuala kecil, gunting kuku
  • Label nama pada setiap barang!
  • Bonus: Bakul mandi mini untuk senang bawa ke tandas

💡 Tips Tambahan:
✔️ Labelkan semua barang
✔️ Beli ikut saiz yang MUDAH SIMPAN
✔️ Ajar anak susun atur & kebersihan sejak awal

Anak lebih bersedia, ibu ayah pun tenang hati 💖